Bukan Sekadar Coklat

Bukan Sekadar Coklat.Kami merealisasikan impian anda.

Rahsia Coklat

Bagai kata Forest Gump..Life is like a box of chocolates, Forrest. You never know what you're gonna get

Pelbagai Citarasa

Eksklusif dan pelbagai pilihan.

Friday 17 October 2014

Coklat Hantaran

Coklat halal buatan tangan
Coklat Buatan Tangan

Kotak Coklat bentuk hati
Isikan pelbagai coklat praline dalam Kotak Coklat bentuk hati sebagai hadiah untuk yang tersayang.
Banyak lagi pilihan di sini


Mangkuk Coklat.


Mangkuk Coklat.

Tak perlu jadi pakar untuk cipta keluarbiasaan. Mudah dan senang. Bukan sekadar buah-buahan, boleh juga letak ais krim. Sedap...boleh cuba di rumah. Anak-anak pasti suka kan coklat ini.



6 Sebab Mengapa Coklat Menjadi Pilihan



6  sebab kenapa coklat menjadi pilihan untuk dijadikan hadiah pada majlis-majlis istimewa.

1.Kesukaan ramai.
Tidak kira peringkat umur, semua orang minat dan gemar dengan coklat. Coklat sudah menjadi makanan sampingan sejak awal usia dan hujung usia.

2.Mempunyai banyak pilihan
Mempunyai pilihan jenis coklat iaitu coklat gelap (dark chocolate), coklat susu (milk chocolate) dan coklat putih (white chocolate).

3.Makanan kesihatan
Coklat mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan jika mengikut diet yang betul

4.Tidak Membazir.
Selalunya coklat yang menjadi hadiah pada majlis istimewa, sentiasa habis tidak berlebih. Kerana sentiasa mempunyai peminat.

5.Hadiah Eksklusif.
Boleh menjadi hadiah yang eksklusif jika pandai menghias dan mencantikkannya.

6.Mampu Milik
Tidak kira apa majlis dan taraf tetamu anda, coklat boleh dijadikan hadiah yang istimewa dengan pelbagai pilihan dan harga




Monday 6 October 2014

Ini bukan sekadar Coklat.

Coklat-sekadar hiasan


Puas mengodek mencari tema untuk aktifkan blog coklat Simply Chocolate. Dah masuk 5 tahun baru nak bina blog. Kalau nak ikutkan semangat untuk menulis..rasanya tak tahu berapa lama boleh kekal dengan tema coklat. Takkan nak sembang setiap hari,setiap jam, setiap saat tentang coklat. Jadi kena 'declare' awai-awai...Ini bukan sekadar Coklat.

Akan menulis apa yang sesuai mengikut topik semasa..tapi paksinya Coklat. Kan dah kena...coklat lagi.

5 Ciri Coklat Bar yang Menarik.



Ada 5 Ciri yang kami fikirkan penting dalam menghasilkan Customize Chocolate Bar yang menarik dan memenuhi kehendak pelanggan. Ciri-ciri ini kami telah kekalkan sejak awal kami terjebak dalam coklat.

1.Rekabentuk yang menarik
Perlu rekabentuk dan  tema yang bersesuian dengan majlis yang diadakan. Tema hari jadi selalunya mengikut karakter kartun yang sedang hot, contohnya tema Frozen. Warna tema juga mengikut kehendak pelanggan. Apa-apa pun ia bergantung kepada pelanggan, kita hanya merealisasikan dan memberi cadangan sahaja.

2.Kertas cetakan yang berkualiti
Kualiti kertas perlu sesuai dengan cetakan yang akan dihasilkan. Tahan lama, kalis air dan memberi kesan yang menarik kepada tema dan design pembalut coklat. Antara jenis kertas yang selalu digunakan jenis glossy.








3.Hasil kerja yang kemas
Hasilkan cetakan dan cara balutan yang tidak comot. Kemas dan bersih.

4.Jenis atau perasa coklat yang pelbagai
Memberi pilihan kepada pelanggan. Ada pelanggan yang mempunyai citarasa tersendiri. Contohnya 'white chocolate' lebih di gemari kanak-kanak berbanding 'dark chocolate' yang agak pahit. Ada juga suka dicampur dengan kekacang. 

5.Kebersihan
Coklat bar selalunya akan dibalut dengan aluminium foil sebelum dibalut dengan pembalut kertas yang bertema. Ada dua warna utama yang selalu digunakan, iaitu 'gold' dan 'silver'. Perlu memastikan foil yang digunakan mempunyai lapisan plastik yang sesuai untuk produk makanan.

5 ciri ini menjadi panduan untuk kami menghasilkan coklat yang ditempah pelanggan.

Berminat nak tempah coklat bar untuk majlis istimewa anda?. Boleh tengok contoh coklat bar yang kami hasilkan > http://tinyurl.com/albumsc .


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More