Monday 6 October 2014

5 Ciri Coklat Bar yang Menarik.



Ada 5 Ciri yang kami fikirkan penting dalam menghasilkan Customize Chocolate Bar yang menarik dan memenuhi kehendak pelanggan. Ciri-ciri ini kami telah kekalkan sejak awal kami terjebak dalam coklat.

1.Rekabentuk yang menarik
Perlu rekabentuk dan  tema yang bersesuian dengan majlis yang diadakan. Tema hari jadi selalunya mengikut karakter kartun yang sedang hot, contohnya tema Frozen. Warna tema juga mengikut kehendak pelanggan. Apa-apa pun ia bergantung kepada pelanggan, kita hanya merealisasikan dan memberi cadangan sahaja.

2.Kertas cetakan yang berkualiti
Kualiti kertas perlu sesuai dengan cetakan yang akan dihasilkan. Tahan lama, kalis air dan memberi kesan yang menarik kepada tema dan design pembalut coklat. Antara jenis kertas yang selalu digunakan jenis glossy.








3.Hasil kerja yang kemas
Hasilkan cetakan dan cara balutan yang tidak comot. Kemas dan bersih.

4.Jenis atau perasa coklat yang pelbagai
Memberi pilihan kepada pelanggan. Ada pelanggan yang mempunyai citarasa tersendiri. Contohnya 'white chocolate' lebih di gemari kanak-kanak berbanding 'dark chocolate' yang agak pahit. Ada juga suka dicampur dengan kekacang. 

5.Kebersihan
Coklat bar selalunya akan dibalut dengan aluminium foil sebelum dibalut dengan pembalut kertas yang bertema. Ada dua warna utama yang selalu digunakan, iaitu 'gold' dan 'silver'. Perlu memastikan foil yang digunakan mempunyai lapisan plastik yang sesuai untuk produk makanan.

5 ciri ini menjadi panduan untuk kami menghasilkan coklat yang ditempah pelanggan.

Berminat nak tempah coklat bar untuk majlis istimewa anda?. Boleh tengok contoh coklat bar yang kami hasilkan > http://tinyurl.com/albumsc .


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More